Harian Metro: Setempat |
Pasangan zina 5 tahun gemar rakam aksi seks Posted: 12 Sep 2011 10:17 AM PDT GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin. Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan 'mengghairahkan' kerana hanya memakai seluar ketat nipis. Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit. Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 12 Sep 2011 10:12 AM PDT KUALA LUMPUR: "Luluh hati saya apabila melihat cucu yang ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa makanan dan keperluan lain. Tak sangka menantu meninggalkan mereka dalam keadaan begini tanpa pengawasan sejak lapan bulan lalu ketika ibu mereka keluar bekerja. Mujur tiada apa berlaku," kata S Ponusamy. Datuk berusia 59 tahun itu bukan saja tidak percaya melihat apa yang berlaku ke atas cucunya, malah sukar menerima hakikat pada usia lima tahun, dua daripada kanak-kanak berkenaan ditinggalkan bersendirian dan menjaga adiknya berusia lima bulan di rumah mereka di Projek perumahan Rakyat (PPR) Desa Rajang.
Ponusamy berkata, anak dan menantunya itu tinggal di PPR berkenaan sejak empat tahun lalu dan segalanya bermula baik sehingga menantunya yang berusia 31 tahun mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan tidak pulang ke rumah mengakibatkan anaknya keluar mencari kerja.
Kehidupan yang menghimpit keluarga itu menyebabkan cucu sulung Ponusamy bersekolah setakat tahun dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher sebelum berhenti manakala adiknya yang sepatutnya memasuki alam persekolahan tahun ini juga terkandas.
Sementara itu, Rajah berkata, MIC Setiawangsa akan membawa masalah keluarga berkenaan kepada pihak berwajib bagi membantu mereka mendapatkan bantuan sewajarnya memandangkan keadaan begitu daif serta keperluan mendesak termasuk kemungkinan berdepan masalah kesihatan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan