Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Sep 2011 11:27 AM PDT KOTA KINABALU: Mengejutkan apabila polis turut menemui sebutir bom dinamit buatan sendiri serta raifal mirip AK-47 dipercayai tiruan, selain pelbagai jenis dadah apabila menahan satu pasangan kekasih dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Jalan Damai di sini, Isnin lalu. Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis merampas satu peluru AK-47, kanister dan satu bungkusan plastik mengandungi bebola kecil dipercayai digunakan sebagai peluru untuk rompakan bersenjata.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu terhadap kenderaan jenis Nissan di Jalan Damai dan menahan seorang lelaki berusia 32 tahun serta wanita berusia 22 tahun kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.
Beliau berkata, lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui pelbagai senjata dan peralatan pecah rumah dalam sebuah bilik di rumah sama.
Menurutnya, susulan penahanan lelaki tempatan itu serta kekasihnya, warga China berusia 22 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, polis menahan dua lagi lelaki dipercayai penjual senjata berkenaan.
|
Posted: 16 Sep 2011 11:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Taktik polis yang memberi peluang kepada Mat Rempit berpesta sambil menayangkan aksi berani mati sebelum melakukan serbuan membuahkan hasil apabila empat penunggang dan dua pembonceng motosikal ditahan di Dataran Merdeka, malam kelmarin. Difahamkan, empat penunggang dan dua pembonceng motosikal itu asyik menunjukkan aksi berbahaya tanpa menyedari anggota polis berpakaian biasa menyaksikan pertunjukan mereka.
Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata Mat Rempit terbabit menunjukkan pelbagai aksi bahaya di jalan raya sebelum lokasi berkenaan digempur.
Menurutnya, 21 motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh manakala 58 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.
Difahamkan, kereta dipandu seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol membuat pusingan di bulatan itu sebelum merempuh seorang penunggang motosikal.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan