Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Sep 2011 11:07 AM PDT SUNGAI GOLOK (Thailand): "Dalam keadaan terkejut dan panik, saya dan isteri meredah asap tebal selepas bom meletup. Kami lihat perut anak terburai, manakala ayah cedera parah di kepala dan lehernya berlubang," kata Wong Wai Siong, 33. Wai Siong kehilangan anak, Wong Kai Sien, 3, dan bapa, Wong Hong Yep, 64, serentak selepas terbunuh dalam kejadian tiga siri letupan bom yang menggegarkan pekan Sungai Golok, di sini, jam 8.15 malam kelmarin.
Wai Siong berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Ang Ya, 35, dua anak dan ayahnya berkunjung ke Sungai Golok dari Kota Bharu dan tiba jam 6.30 petang untuk membawa isteri menjalani rawatan di Hospital Sungai Golok kerana sakit perut dan membeli susu anak.
"Ketika itu anak saya dan datuknya keluar terlebih dulu dari restoran manakala saya, isteri dan seorang lagi anak berada tidak jauh daripada mereka. Kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam sekelip mata, saya kehilangan anak dan ayah," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Golok, di sini, semalam.
Wai turut cedera di pergelangan kaki kanan, isterinya luka di tangan, manakala anak bongsunya, Wong Kai Royce, 1, tidak cedera.
|
Kumpulan pengedar dadah jadi dalang Posted: 17 Sep 2011 10:46 AM PDT SUNGAI GOLOK: Polis Thailand percaya kejadian tiga siri letupan bom yang menggegarkan pekan Sungai Golok kelmarin, didalangi kumpulan pengedar dadah yang cuba mengalihkan perhatian polis supaya dapat meneruskan kegiatan mereka dengan lebih lancar. Ketua Polis Sungai Golok, Polis Kolonel Chakaporn Thenthong, berkata, pihaknya yakin sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda itu memainkan peranan penting memasang bom kawalan jauh pada sebuah kereta dan tiga motosikal sehingga tercetusnya tragedi itu.
"Dua bom yang diletakkan pada motosikal mengorbankan tiga rakyat Malaysia manakala bom yang diletakkan di sebuah kereta mengorbankan seorang anggota sukarelawan Thailand yang ketika itu cuba memadam kebakaran pada kereta berkenaan. Ketiga-tiga bom meletup selang lima minit.
"Dua anggota polis, empat tentera dan tiga anggota sukarelawan Thailand turut cedera dan kini dirawat di Hospital Sungai Golok, "katanya.
Katanya, walaupun kejadian itu disifatkan antara cubaan kumpulan pengedaran dadah untuk mengalihkan perhatian polis, pihaknya akan tetap menjalankan operasi membanteras pengedaran dadah seperti biasa.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan