Harian Metro: Setempat |
Dinding, lantai rumah pula merekah Posted: 22 Sep 2011 09:43 AM PDT PUCHONG: Selepas beberapa siri mesyuarat diadakan, masalah tanah runtuh yang menghantui penduduk Bandar Puteri 9, di sini, belum menemui penyelesaiannya apabila timbul pelbagai masalah lain selepas kejadian tembok penghadang cerun runtuh Mei lalu. Walaupun pemaju sudah membaik pulih dinding yang runtuh, masalah menjadi lebih serius apabila berlaku rekahan di dinding serta lantai rumah penduduk di situ, sekali gus menyebabkan air dari bawah tanah keluar melalui celahan lantai itu.
Penduduk, M Paramanathan , 47, berkata selepas kejadian tembok runtuh, dia mula menyedari terdapat rekahan di beberapa bahagian pagar dan jalan sekitar rumahnya dan lebih membimbangkan rekahan terbabit semakin merebak. "Kerisauan saya tidak pernah berakhir dan tertekan apabila memikirkan kedudukan rumah saya di hujung jalan dan bersebelahan cerun.
"Saya percaya masalah ini boleh diatasi dengan adanya sistem cerucuk yang sistematik dan konsisten terutama bagi kedudukan rumah di kawasan berbukit yang berisiko berlaku tanah runtuh. "Sekiranya tiada tindakan diambil, saya khuatir perkara lebih buruk berlaku. Jika hujan lebat berlarutan setiap hari lebih banyak air akan diserap dan menjadikan dasar tanah lembut," katanya. |
Posted: 22 Sep 2011 09:40 AM PDT SHAH ALAM: Kebanyakan peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini mempertikaikan kenaikan kadar baru sewa antara 30 hingga 100 peratus yang akan bermula Januari tahun depan. Mereka yang berniaga puluhan tahun di kompleks itu berpendapat perkara berkenaan membebankan peniaga yang kebanyakannya Bumiputera.
"Kenaikan kadar sewa kepada peniaga di sini bukan pertama kali berlaku. Namun, kenaikan kali ini begitu terasa kerana ada beberapa kedai yang menerima kenaikan 100 peratus.
Bagi Ramlah, 40, yang perlu membayar sewa RM1,000 mulai tahun depan berbanding RM700 ketika ini, berkata sudah lama pihak pentadbiran tidak menaikkan kadar sewa.
"Ia lebih murah berbanding sewa kedai di tempat lain dan saya tidak tahu pula pada masa depan," katanya yang berniaga sejak 20 tahun lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan