Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 03 Oct 2011 10:17 AM PDT GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam. Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang. Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang. Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 03 Oct 2011 10:17 AM PDT SEREMBAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai terperangkap di ruang antara jeriji besi dan pintu utama di tingkat tiga pejabatnya di Jalan Yam Tuan, di sini, semalam. Ketika kejadian, mangsa, Hue Wan Ching, 79, yang dikatakan tinggal berseorangan di bilik pejabat itu sejak 30 tahun lalu sebagai penjaga bangunan itu ditemui dalam keadaan terbaring. Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan berulat dan busuk itu berbungkus langsir dipercayai dijadikan selimut ketika sejuk. Sumber berkata, wanita itu dipercayai membuka pintu dan keluar sebelum pintu pejabat itu tiba-tiba tertutup, manakala tombol pintu terkunci dari dalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan