Harian Metro: BeritaUtama |
‘Terima kasih, sayang mama’ Posted: 06 Oct 2011 02:32 PM PDT MACHANG: "Terima kasih, sayang mama." Itu antara kandungan SMS terakhir Mohd Syamil Malek kepada ibunya beberapa jam sebelum terbunuh dalam kemalangan meragut empat nyawa di Kilometer 4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, selain Mohd Syamil tiga lagi mangsa yang terkorban ialah rakannya yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini manakala seorang lagi cedera. Semua mangsa berusia 19 tahun dan menuntut di tahun dua dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka. Mohd Syamil dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zin dari Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 06 Oct 2011 02:32 PM PDT SAN FRANCISCO: Pengasas Apple Computer, Steve Jobs, meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 56 tahun semalam, selepas dia berjaya merevolusikan budaya moden dan mengubah selama-lamanya perhubungan teknologi melalui pelbagai inovasi. Antara sumbangan Jobs kepada dunia ialah mencipta iPad dan iPhone.
"Jobs seorang pintar, bersemangat dan bertenaga menjadi sumber pelbagai inovasi yang memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup kita.
Dibesarkan di kawasan Mountain View - sebuah kawasan pertanian yang kemudian menjadi hab teknologi dunia dikenali sebagai Lembah Silicon.
Semalam, Jobs meninggal dunia di kelilingi ahli keluarganya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan