Harian Metro: BeritaUtama |
Isteri terbocor rahsia sendiri Posted: 07 Oct 2011 10:18 AM PDT JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu. Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi. Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an. "Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Oct 2011 10:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang terbaik pernah dibentangkan selama ini. Beliau berkata, belanjawan itu mencakupi semua bidang selain menyentuh hati semua peringkat rakyat sama ada petani, nelayan, pesara, pegawai kerajaan dan sebagainya.
"Apa yang kita dengar tadi (semalam) mencakupi semua bidang. Justeru, saya sifatkan belanjawan ini memberi perhatian kepada semua rakyat di negara kita," katanya pada sidang media, di Lobi Parlimen, semalam.
"Jadi nak seimbang keduanya bukan mudah, tapi Alhamdulliah telah berhasil dilaksanakan dalam belanjawan ini," katanya.
"Contoh dalam menangani masalah inflasi di peringkat mikro dan langkah yang dikemukakan adalah ia memberi bantuan RM500 kepada setiap isi keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 membabitkan RM1.8 bilion dan menyentuh lebih 3.4 juta isi rumah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan