Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 09 Oct 2011 09:48 AM PDT KUALA KUBU BHARU: Gara-gara tidak puas hati apabila barang kemas yang digadai gagal ditebus adik, seorang wanita disyaki membelasah adiknya sehingga mati dalam kejadian di Kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam, dekat sini. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa, Gurmet Kaur Sedara Singh, 41, dan kakaknya menjamu selera di rumah mereka sebelum berlaku pertengkaran. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy, berkata kakak mangsa berusia 44 tahun dan tinggal serumah dengan mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga mereka, dipercayai tidak puas hati apabila barang kemas miliknya gagal ditebus mangsa. "Perselisihan faham di antara dua beradik itu serta suami mangsa yang berusia 57 tahun bermula sejak petang sebelum menjadi semakin serius pada waktu malam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 09 Oct 2011 09:48 AM PDT RAWANG: Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor. Ditemui di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) di sini semalam, Lan berkata majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Masjid Kuala Kubu Bharu pada 11 November dan majlis kenduri akan diadakan keesokannya di KKDSTTM yang menaja sepenuhnya majlis itu Pasangan ini tidak bertunang dan memutuskan untuk terus berkahwin.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkahwinan mereka yang ditaja, Lan berkata ia berlaku secara spontan ketika berkunjung ke KKDSTTM untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.
"Malah saya terharu kerana mereka akan mengadakan majlis mengikut tradisi Melayu sepenuhnya dalam perkahwinan yang bertemakan Pembentukan Tradisional Melayu dengan menjemput ramai tetamu termasuk orang kenamaan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan