Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 20 Oct 2011 10:48 AM PDT BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit. Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan. Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah. "Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 20 Oct 2011 10:38 AM PDT MUAR: "Saya akhirnya berjaya menggapai tangan Adik dan terus menggoncang badannya tetapi semuanya sudah terlambat kerana nafasnya ketika itu sudah terlalu lemah. Adik kemudian terkulai di pangkuan saya," kata Junaidah Zaningin, 40, di sini, kelmarin. Anak bongsunya yang berumur empat tahun, Muhammad Ismail Hamdan atau lebih mesra dipanggil 'Adik', meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam perigi berhampiran rumah mereka di Kampung Tulang Gajah, Lenga pada jam 10 pagi kelmarin.
Mengimbau kejadian, Junaidah berkata, mereka berdua sedang mandi di perigi berkenaan apabila Muhammad tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalamnya.
Menurut Junaidah, dia akhirnya berjaya menggapai tangan Muhammad dan mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi suaminya, Hamdan Abdul Hamid berusia 40-an, bagi memaklumkan kejadian itu.
"Bagaimanapun Adik disahkan meninggal dunia ketika tiba di klinik berkenaan. Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian ini," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan