Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Oct 2011 10:17 AM PDT BAHAU: "Sejak beberapa hari lalu, arwah memang kerap pergi mandi sungai berbanding biasa dan kurang berselera makan," kata Nurul Syahida Baharin, 15, ibu saudara kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang lemas di sungai di Kampung Sri Rompin, dekat sini, kelmarin. Memilukan apabila mayat pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Rompin, Muhamad Hakimi Khairul Nizam, dikatakan ditemui dalam keadaan berpelukan dengan seorang lagi lelaki, Mohd Isa Mustafa, 40, yang juga anak angkat nenek saudaranya, jam 6.50 petang kelmarin.
"Kebiasaannya, mereka berdua pasti pulang semula ke rumah, namun saya pelik apabila masih tidak melihat kelibat mereka walaupun sudah petang.
Syahida berkata, dia terkejut mengetahui kedua-dua mangsa mati lemas apabila mayat mereka dikatakan ditemui dalam keadaan berpelukan.
"Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan kedua-dua Allahyarham masing-masing selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Besar dan Jelai tadi (semalam)," katanya.
|
Nyaris maut van dirempuh lori sampah Posted: 01 Oct 2011 09:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemandu dan rakannya nyaris maut apabila van mereka yang diletakkan di tepi jalan dirempuh sebuah lori sampah selang 30 saat keluar dari kenderaan itu di Taman Seri Bayu, Ampang, semalam. Pemandu van, G Ganesan, 36, berkata dia yang berhenti bagi membeli peralatan elektrik di sebuah kedai tidak menyangka niatnya mengajak rakan sekerja, Sebastian Fancis, 46, untuk turun bersama menyelamatkan nyawa mereka.
"Sebaik kami turun, saya terdengar jeritan orang ramai dan melihat sebuah lori sampah sudah merempuh van yang diletakkan di tepi jalan itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
"Saya terpaksa membelok ke kanan jalan dengan harapan kelajuan lori dapat dikurangkan dan berhenti dengan selamat, malangnya terpaksa merempuh sebuah van yang diletakkan di situ," katanya.
Yanto yang mengalami luka kecil di bawa ke Balai Polis Trafik Ampang bagi membantu siasatan kejadian. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan