Harian Metro: Setempat |
Pelajar dipukul akibat wang jualan sayur Posted: 06 Oct 2011 02:37 PM PDT SEREMBAN: Seorang bapa tersentak apabila mengetahui anak lelakinya yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di daerah ini, cedera dipukul pelajar lain berikutan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan wang jualan sayur, kelmarin. Difahamkan, insiden antara mangsa, Redhuan Mohd Anas Shanker, 14, dan beberapa pelajar di padang sekolah berkenaan menyebabkannya menerima lapan jahitan di dahi selain cedera di muka. Menurut bapa mangsa, Mohd Anas Shanker Abdullah, 43, dia yang membeli sayur di pasar terkejut apabila menerima panggilan daripada guru sekolah memaklumkan kejadian itu, pada jam 1 tengah hari.
Anas berkata, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada seorang lagi anaknya, Syuib, 15, yang belajar di sekolah sama.
Kata Anas, Redhuan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. |
Posted: 06 Oct 2011 02:09 PM PDT SHAH ALAM: Polis yakin menyelesaikan kes pembunuhan sepasang suami isteri di Batu 30 Hulu Yam, Hulu Selangor pada 28 September lalu berikutan penahanan tujuh lelaki di Pekan Rasa, Hulu Selangor, bau-baru ini. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata dalam kejadian itu, L Ramasandram, 57, dan isterinya, A Bakiam, 51, yang juga penoreh getah ditemui mati dengan kesan luka dan tetakan di muka, kepala dan kedua-dua tangan.
"Hasilnya pada 30 September lalu antara jam 5 petang hingga 8 malam, polis memberkas lima lelaki berumur 16 hingga 44 tahun.
Katanya, kelmarin, hasil siasatan polis membawa kepada penemuan dua parang yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan kejam itu di Sungai Rasa, Hulu Selangor.
"Setakat ini siasatan mendapati motif pembunuhan disyaki berpunca daripada perselisihan faham dan dendam antara suspek utama yang berusia 44 tahun dengan mangsa," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan