Harian Metro: Setempat |
Posted: 07 Oct 2011 09:56 AM PDT BANTING: "Sebelum ini anak saya nak ikut ke laut untuk menangkap ikan, tetapi saya berkeras tak benarkan. Tetapi, pada hari kejadian itu saya membenarkannya mengikuti saya tanpa banyak soal. "Tak sangka itu petanda kami akan menghadapi nahas," kata seorang Orang Asli Pulau Carey, Roslan Seam, 40-an, menceritakan kejadian botnya dipukul ombak hingga menyebabkan anaknya Nizam, 14, terhumban ke laut dalam kejadian jam 7 malam Khamis lalu.
Roslan yang ditemui menyatakan terlalu sedih dengan kehilangan anak lelakinya dan menyalahkan dirinya kerana membenarkan remaja itu mengikutinya ke laut.
"Saya mengambil keputusan untuk berteduh di boya (tempat nelayan selalu berteduh di laut sekiranya cuaca buruk) tidak jauh dari tempat kami menangkap ikan.
Menurutnya, dia segera mengawal botnya untuk mengelak boya berkenaan bagi mengelakkan pelanggaran yang berisiko menyebabkan bot itu karam.
|
Dedah 50 kanak-kanak proses bahan mentah di kilang Posted: 07 Oct 2011 09:54 AM PDT RAWANG: Usaha membentuk generasi pelapis khasnya kanak-kanak di peringkat umur prasekolah ke arah mewarisi akhlak mulia, berkemahiran dari segi pertuturan, berfikir secara positif dan berpotensi menjadi warga prihatin apabila besar kelak, bukan perkara mudah. Kanak-kanak golongan paling mudah bagi membentuk akhlak mulia, bak kata pepatah, jika melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.
Lawatan itu dibimbing empat tenaga pengajar TAFPT iaitu Azizah Mohammad, Norzira Hassan, Norasyifa Abdul Aziz dan Nordina Mohd Ariffin. Turut serta ialah wakil ibu bapa, Nora Mohammad. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan