Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 Oct 2011 08:11 AM PDT IPOH: Seorang mahasiswa perempuan warga Malaysia dikelar dengan pisau selepas bergelut dengan seorang perompak yang menceroboh masuk asrama pelajar berkenaan di Kaherah, Mesir. Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin (2.15 pagi waktu Malaysia), pelajar Universiti Al-Azhar itu diserang penjenayah warga Arab yang menceroboh bangunan asrama lima tingkat didiami ratusan pelajar Malaysia.
Sumber Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkata, mangsa yang cuba memeriksa bagaimanapun diserang dan ditumbuk penjenayah bertopeng yang cuba melarikan melalui tingkap asrama.
Mangsa yang bergelut dengan penjenayah turut ditumbuk di muka berulang kali sebelum penjenayah melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan pisau.
Ketika kejadian, rata-rata penuntut tidak ada di asrama berikutan mengikuti kuliah agama di Masjid Azhar.
|
Posted: 08 Oct 2011 08:07 AM PDT PETALING JAYA: Seorang pelanggan warga emas di sebuah restoran mamak terpaksa mendiamkan diri manakala sembilan yang lain lari lintang-pukang sebaik premis berkenaan dimasuki dua perompak bersenjatakan parang panjang, awal pagi semalam. Lelaki berusia 50-an itu yang diarah keluar dari tempat terbabit oleh perompak dikatakan mengalami masalah sakit lutut dan perlu memakai tongkat untuk bergerak.
Pekerja A Nagappan, 40 berkata seorang suspek mengacukan parang ke arahnya yang menjaga kaunter bayaran sebelum memintanya menyerahkan wang tunai dan rokok.
"Kejadian berlaku dengan pantas iaitu kurang lima minit sebelum kedua-dua suspek melarikan diri ke arah belakang kedai yang gelap," katanya yang mengalami trauma.
Setakat ini, pemilik restoran belum dapat memastikan nilai kerugian dan berharap kejadian itu tidak menjejaskan perniagaan mereka yang beroperasi 24 jam sehari.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan