Harian Metro: Setempat |
Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh Posted: 11 Oct 2011 01:08 PM PDT KUALA LUMPUR: "Ketika sibuk menyapu di pintu masuk, secara tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat diikuti bunyi kecoh dari arah tapak pembinaan bersebelahan KL Sentral," kata pekerja pembersihan, Adrasyid, 37, ketika ditemui wartawan Harian Metro di KL Sentral, di sini, semalam. Sejurus terdengar dentuman pada jam 11 pagi itu, saksi berkenaan bergegas ke bahagian luar bangunan untuk melihat kejadian dan mendapati berlaku runtuhan di tapak pembinaan pusat beli-belah kira-kira 50 meter dari KL Sentral.
Difahamkan, pekerja berkenaan menyapu konkrit di pelantar berkenaan dan tidak sempat menyelamatkan diri sebelum beberapa pekerja lain yang menyedari insiden terbabit memberi bantuan.
"Ketika melakukan kerja berkenaan, mangsa lengkap memakai alat keselamatan termasuk topi keselamatan bersama sembilan pekerja lain.
Laporan awal menyatakan mangsa cedera ringan pada bahagian luaran, namun pemeriksaan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat kecederaan dalaman.
|
Perluas khidmat SRS perangi jenayah Posted: 11 Oct 2011 11:38 AM PDT KUALA LUMPUR: "Perkhidmatan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diperluaskan ke lebih banyak kawasan perumahan di bandar raya ini selain dipertingkat dalam usaha memerangi jenayah," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Beliau berkata, menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa, peranan SRS dalam menjaga keselamatan akan lebih mudah disebabkan perkongsian maklumat antara mereka.
"Bagaimanapun, kementerian tiada halangan untuk berbincang dan bekerjasama bagi menangani masalah ini disamping berusaha melengkapkan peralatan meronda untuk kemudahan petugas," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Seri Sentosa, di sini, kelmarin.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan