Harian Metro: Setempat |
Posted: 14 Oct 2011 11:25 AM PDT TAIPING: "Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah," ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih. Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina. Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua. "Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 14 Oct 2011 11:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja cedera dipukul dan ditindih lapan peragut, malah turut kerugian kira-kira RM1,500 dalam kejadian ragut di Taman Pertama Cheras, di sini, kelmarin. Ketika kejadian jam 6 petang itu, mangsa berjalan ke tempat letak kereta selepas membeli barangan di pasar malam berhampiran sebelum didatangi lapan lelaki menunggang empat motosikal. Semua mereka dianggarkan berusia 20-an.
Katanya, pergelutan di antara mereka menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum didatangi enam lagi lelaki yang menaiki tiga motosikal dan dua daripada mereka cuba menarik beg tangannya.
Menurutnya, dia menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu.
Katanya, selepas kejadian, dia mendapatkan kereta sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan