Harian Metro: Setempat |
Wanita nyaris maut motosikal terbabas Posted: 18 Oct 2011 03:15 PM PDT SEREMBAN: Seorang wanita nyaris maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terjatuh di Jalan Forest Height, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Qursiah Mohd Zain, 21, dari Taman Desa Chembong, Rembau, cedera di muka dan tangan akibat terjatuh atas jalan.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia melihat sebuah Perodua Alza menghimpit motosikal mangsa menyebabkan wanita itu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh.
"Kami cuba membantunya, tetapi dia tidak dapat bergerak sebelum menghubungi ambulans kerana risau dengan keadaannya yang seperti tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, sumber di HTJS berkata, mangsa mengalami beberapa kecederaan seperti luka di muka dan tangan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 18 Oct 2011 03:07 PM PDT KAJANG: Sepasang suami isteri bukan saja diikat tiga lelaki bersenjatakan tiga parang panjang, malah turut kerugian RM30,000 selepas rumah mereka disamun dalam kejadian di Sungai Long, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, pasangan terbabit sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki berparang dalam bilik tidur mereka.
Katanya, mereka kemudian mengikat mangsa dengan menggunakan kain, manakala isterinya pula diikat menggunakan wayar elektrik.
Sumber berkata, bimbang dicederakan, mangsa memberitahu tempat barang berharga mereka disimpan.
Menurutnya, antara barangan berharga dilarikan perompak ialah barang kemas, telefon bimbit, kamera digital dan komputer riba. Semua dianggarkan bernilai RM30,000.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan