Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Oct 2011 10:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada sesetengah pemilik kedai makan sekitar Jalan Genting Klang yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan. Harian Metro turut serta dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa premis makanan itu mendapati rata-rata pelanggan yang datang seolah-olah tidak sedar mengenai tahap kebersihan kedai yang mereka kunjungi itu amat teruk.
Seorang pelanggan, Malissa, 21, berkata, dia tidak pernah sakit perut atau keracunan makanan setiap kali ke kedai berkenaan.
Sementara itu Pegawai Kesihatan Parlimen Wangsa Maju dan Setia Wangsa, Dr Jamaiyah Mohd Yunus berkata, jika ada kedai yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan Seksyen 11 Akta Makanan 1983, premis mereka akan dikenakan kompaun atau kedai perlu ditutup.
Sembilan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyertai operasi itu dan enam kompaun dikeluarkan dengan kesalahan berniaga di luar premis, membuang sisa makanan di longkang awam, ada urungan lipas, tiada suntikan dan tiada lesen perniagaan. Full content generated by Get Full RSS. |
Nak buang sial, tapi kena perkosa Posted: 20 Oct 2011 10:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu. Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.
Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.
Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.
Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan