Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 02 Nov 2011 10:15 AM PDT KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar. Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit. Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu. "Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 02 Nov 2011 10:15 AM PDT KUANTAN: Gara-gara tertelan bebola jeli yang digunakan sebagai baja pokok hiasan, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa dibedah bagi mengeluarkan bahan berkenaan yang sudah mengembang di dalam perutnya. Ifti Ilya Farhana Mohd Khairuddin demam teruk selain muntah-muntah dan tidak boleh makan atau minum selepas usus kecilnya dipenuhi agar-agar berkenaan yang sudah mengembang beberapa kali ganda berbanding saiz asalnya. Bayi malang itu selamat menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kelmarin, dan kini dilaporkan stabil. Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata, kejadian berlaku pada 26 Oktober lalu apabila anak sulungnya itu tertelan dua daripada tiga bebola agar-agar yang ditemuinya dalam pek makanan ringan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan