Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 Nov 2011 12:32 PM PST KOTA KINABALU: Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam. Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi. Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah. Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 06 Nov 2011 12:30 PM PST PENDANG: "Selepas solat sunat Aidiladha tiba-tiba arwah memeluk saya sebelum meninggalkan surau dengan menunggang motosikal bersama dua rakannya. "Saya sangka dia pergi berhari raya, tak sangka pula dia pergi mandi sungai," kata Idris Mat Hashim, 49, bapa kepada Mohd Shahrol Nizam, 11, yang mati lemas di Sungai Rambai Kampung Lubuk Batu, Kubur Panjang, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, Mohd Shahrol Nizam bersama dua rakan sebayanya pergi ke Sungai Rambai, kira-kira satu kilometer dari rumahnya untuk mandi selepas selesai solat sunat Aidiladha di surau Kampung Lubuk Batu.
Menurut Idris, beberapa jam kemudian ketika berehat di rumah, dia dikejutkan dengan kedatangan dua rakan Mohd Shahrol yang bersamanya sebelum itu, memberitahu anaknya lemas di Sungai Rambai yang sedalam lebih dua meter itu.
Idris berkata, Mohd Shahrol memang kerap mandi sungai di sekitar kampung itu bersama rakannya dan dia juga tidak bimbang kerana anaknya pandai berenang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan