Harian Metro: BeritaUtama |
Bongkar misteri ‘lembaga hitam’ Posted: 08 Nov 2011 11:00 AM PST GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak 'lembaga hitam' yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya. Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin. Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus. Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat 'lembaga hitam' di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 08 Nov 2011 10:59 AM PST KUALA LUMPUR : Pecah dan seret. Itu tindakan dilakukan enam lelaki berusia 30-an yang nekad melarikan mesin pengeluaran wang (ATM) seberat lebih 200 kilogram yang mengandungi wang bernilai RM316,000 di cawangan sebuah bank tempatan di Taman Midah, Cheras, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, enam suspek bertopeng itu yang dipercayai mahir dalam jenayah samun bank itu berjaya menarik keluar mesin ATM itu kurang daripada tiga minit.
Apa yang menghairankan ketika kejadian tiada pengawal keselamatan bertugas manakala alat penggera bank pula tidak berfungsi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mesin berkenaan dilarikan dengan menggunakan cara pecah dan seret dan kumpulan itu memilih mesin yang terletak di bahagian tengah dan berhadapan dengan pintu masuk bagi memudahkan tugas.
"Kumpulan suspek memecahkan mesin berkenaan secara paksa dan sebuah jawatankuasa kerja sudah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini berdasarkan bahan bukti yang diperoleh di dua lokasi terbabit," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan