Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 12 Nov 2011 11:48 AM PST KUALA LUMPUR: Melihatkan rupa cantik menawan, badan melentuk dan kulit gebu melepak, dia tanpa berfikir panjang menerima pelawaan cinta seorang wanita. Lebih meyakinkan, wanita berusia 20-an itu mengaku masih anak dara dan baginya, itu ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Namun, kerana terlalu taksub dengan kesempurnaan fizikal seorang wanita, hidup Hashim Musthoda, 40, (bukan nama sebenar) umpama buruan kerana 'anak dara' itu rupa-rupanya isteri orang, malah memiliki seorang cahaya mata. "Saya mengaku melakukan hubungan terlarang tetapi tidak menyangka dia yang mengaku anak dara rupa-rupanya isteri orang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 12 Nov 2011 11:46 AM PST YAN: Usaha seorang bapa, Eiew Gin Geok, 53, mencari anak lelakinya yang tidak tiba ke rumah walaupun sudah memaklumkan dia dalam perjalanan pulang berakhir hiba apabila anaknya ditemui meninggal dunia dan tersepit dalam keretanya yang terbabit kemalangan di Batu 13, Jalan Alor Setar — Sungai Petani, dekat Bukit Besar, di sini, awal pagi semalam. Eiew Eng Khoon, 28, buruh dari Kampung Sungai Limau Luar, di sini, antara tiga yang terkorban dalam kejadian jam 2.45 pagi itu apabila kereta Proton Satria Neo dipandunya bersama tiga rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok.
Dalam pada itu, dua lagi rakan mangsa iaitu dua wanita warga Myanmar, Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kiy, 31, yang duduk di tempat duduk belakang kereta terbabit, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
"Namun, selepas hampir sejam dia belum tiba, saya mula rasa tak sedap hati. Saya kemudian meminta dua saudara saya menemani saya mencari Eng Khoon," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Yan, di sini, semalam.
"Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila melihat Eng Khoon yang tidak bernyawa tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan