Harian Metro: BeritaUtama |
Tarian ghairah buka ‘ritual’ Posted: 13 Nov 2011 09:15 AM PST MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu 'ritual' khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap. Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin. Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu. Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 13 Nov 2011 09:11 AM PST KUALA LUMPUR: "Saya kenal ayah Nurin (Jazlin Jazimin, 8), malah turut membantu mencari kanak-kanak itu selepas diculik empat tahun lalu. "Jadi, saya tak mahu kejadian menimpa Nurin berlaku pula pada anak saya," kata Saifuddin Abu Samah, 37, yang membantu polis menahan seorang lelaki warga Kemboja yang dipercaya mahu menculik anaknya, Nur Farihah, enam tahun, malam kelmarin. Saifuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam selepas dia bersama isteri, Rohani Abdul Rauf,37 dan empat anak selesai makan di sebuah restoran di Taman Melati Utama, Wangsa Maju, di sini. Menurutnya, ketika berjalan kaki menuju ke kereta dia berjalan di depan bersama tiga anak sementara Nur Farihah yang juga anak ketiganya berjalan di antara dia dan isteri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan