Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Nov 2011 11:19 AM PST PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka. Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.
"Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.
"Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing," katanya.
"Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.
|
Posted: 19 Nov 2011 11:19 AM PST SELEPAS puas mencari cinta sejati, akhirnya Nur Shid'la Ahmad Kamarudin (Syella), 26, bertemu jodoh dengan ahli perniagaan. Cinta mereka berputik tanpa dirancang kerana sebelum itu Syella menyulam kasih dengan orang lain. Menurut Syella yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan, dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat persembahan pada suatu majlis amal. "Perkenalan saya dengannya bermula selepas selesai majlis amal itu apabila dia antara penganjur program itu ingin membayar duit persembahan.
"Saya banyak kali putus cinta kerana kebanyakan lelaki yang saya temui tidak jujur mencintai saya. Pada masa sama, ramai yang masuk meminang sehingga membuatkan emak risau kerana semua pinangan itu saya tolak. "Emak kata, kalau saya terus menolak pinangan yang datang, dia bimbang saya terus tak kahwin. Jadi emak mahu carikan sendiri calon suami untuk saya kerana dia mahu saya dapat suami yang baik selepas banyak kali ditipu lelaki.
Menurut Syella, dia boleh dapat rasakan yang orang itu sukakan dia atau tidak termasuklah perasaan suaminya terhadapnya. "Saya bukanlah bodoh sangat untuk menilai orang tetapi saya tak mahu terlalu memikirkannya kerana sibuk dengan kerja. Tetapi kalau sudah jodoh, ia akan bertemu juga. Sebab itu saya tak rasa pelik ketika wajah suami muncul dalam mimpi ketika di Makkah kerana saya tahu dia sukakan saya. "Emak pun merestui niat baik suami kerana emak tahu dia lelaki yang baik. Emak kasihankan saya yang bekerja keras untuk menyara keluarga. Lantaran dengan restu keluarga, kami diijabkabulkan pada September lalu. Majlis resepsi baru saja diadakan pada 11 hingga 13 November lalu di rumah emak di Cheras.
Selepas bernikah, mereka terus berbulan madu selama dua minggu di Eropah dan selepas majlis resepsi ini, Syella mahu mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami dan membawa ibu bapanya bersama.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan