Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Nov 2011 09:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerisauan peniaga di Hentian Bas Klang mengenai punca pendapatan mereka yang bakal terjejas akibat kerja pembinaan projek stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni, berakhir apabila mereka disediakan tapak niaga sementara iaitu kawasan lapang bersebelahan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di situ. Ruang terbabit diberikan selepas perbincangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan Prasarana Negara Berhad bagi membela nasib 13 peniaga yang masih aktif berniaga di kawasan berkenaan.
"Seramai 13 peniaga yang masih aktif berniaga di kawasan ini akan diberikan tapak sementara bersebelahan stesen LRT Pasar Seni bagi memberi mereka ruang untuk mencari pendapatan," katanya selepas melawat bekas tapak Hentian Bas Klang, Prasarama Kota, di sini, semalam. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 02 Nov 2011 09:53 AM PDT KAJANG: Samseng cilik. Itu gelaran buat seorang murid sekolah rendah, di sini, yang berusia 12 tahun apabila menyepak dan menumbuk rakan sekolahnya hingga bengkak bibir dan cedera pada mata kanan hanya kerana dikatakan merosakkan payung miliknya, kelmarin. Mangsa yang berusia lapan tahun diperlakukan sedemikian ketika berada di dalam kawasan sekolah pada jam 9 pagi kerana bengang dengan tindakan mangsa merosakkan payungnya.
Katanya, mangsa yang tidak melakukan perkara seperti didakwa menafikan payung berkenaan dirosakkannya.
Ab Rashid berkata, bimbang mangsa terus dibelasah, beberapa murid yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada pihak sekolah.
"Bapa mangsa yang berusia 39 tahun bergegas ke sekolah bagi melihat kecederaan anaknya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan