Harian Metro: Setempat |
Jemaah ‘disambut’ pengemis asing Posted: 06 Nov 2011 11:11 AM PST KUALA LUMPUR: Bagaikan kawasan pengemis. Itu yang dapat digambarkan keadaan di sekitar Masjid Negara yang dipenuhi peminta sedekah ketika solat Aidiladha, semalam. Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati lebih 50 pengemis dipercayai warga asing kerana tidak tahu berbahasa Melayu berada di tangga masjid sehingga mengganggu jemaah untuk menunaikan solat.
Bukan setakat itu, mereka juga akan mengerumuni jemaah yang sudah memberikan wang kepada seorang pengemis supaya memberi kepada mereka sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jemaah.
"Pengemis di kalangan kanak-kanak mengikut kami sehingga mereka mendapat wang dan ini menyebabkan kami tidak selesa dengan kehadiran mereka.
"Kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Melayu dan keprihatinan masyarakat negara ini menyebabkan mereka ambil kesempatan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 06 Nov 2011 11:09 AM PST KUALA LUMPUR: "Kalau dihalau nanti memperlihatkan masjid sebagai rumah ibadat yang tidak membantu golongan memerlukan, tapi jika dibiarkan kami khuatir timbul pula persepsi buruk selain penipuan yang didalangi sindiket tertentu. "Jadi, cara terbaik menanganinya ialah rakyat Malaysia boikot secara halus...jangan terlalu pemurah dengan golongan begini, manakala pihak bertanggungjawab jalankan tugas sebaik mungkin," kata Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar.
Kehadiran kelompok itu yang 'luar biasa' ramai, kebanyakannya kanak-kanak menjadi buah mulut lebih-lebih lagi jemaah masjid yang selesai menunaikan solat Aidiladha.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan