Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 Nov 2011 11:04 AM PST KLANG: Mahu membuka klinik sendiri dan memberi khidmat percuma kepada orang susah terutama anak yatim. Itu cita-cita murni pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia, Adrian Jay Pereira, 22, yang mati akibat ditetak penjenayah di rumah sewanya, kelmarin. Ibu mangsa, Mary Catherine De Cruz, 52, berkata kini cita-cita anaknya itu tinggal kenangan dan dia sekeluarga masih sukar menerima hakikat kematian anak sulungnya itu. Menurutnya, Adrian anak yang amat baik dan disayangi semua orang serta menjadi sandaran utama untuk mengubah nasib keluarga supaya menjadi lebih baik.
Mary Catherine berkata, kali terakhir Adrian menghubunginya pada Ahad lalu dengan menyatakan dia sangat sayangkan ibu serta dua lagi adik perempuan iaitu Felicity Janet Pereira, 19, dan Alma Jacelyn Pereira, 16.
Mary Catherine berkata, Adrian anak yang pintar apabila mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan utama iaitu 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 7A Penilaian Menengah Rendah (PMR), 8A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 1A 3B dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Menurutnya, Adrian dijangka tamat pengajian dalam bidang kedoktoran pada 2014.
|
Posted: 08 Nov 2011 10:02 AM PST KLANG: Satu kumpulan penjenayah yang menggunakan jaket gelap untuk merompak kini diburu polis selepas menyamun dua rumah di Bandar Parklands dan Taman Sri Andalas di sini, pada Ahad lalu dan kelmarin. Dalam kedua-dua rompakan itu, kumpulan terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai RM30,000. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Azman Abd Razak, berkata dalam kejadian pertama di Bandar Parkland, kumpulan itu merompak sebuah rumah pada jam 10.40 malam manakala di Taman Sri Andalas, kumpulan itu melakukan jenayah sama pada jam 11.15 malam keesokan harinya.
Azman berkata, perompak terbabit menggunakan kereta Toyota Vios berwarna perak ketika melakukan rompakan dan seorang daripada anggota kumpulan itu berbadan gempal.
Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi polis.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan