Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Nov 2011 12:21 PM PST SUNGAI BULOH: Penemuan satu telefon bimbit milik seorang lelaki yang dibunuh dengan keadaan leher hampir putus manakala perut terburai di jirat Cina Sungai Buloh, dekat sini, malam kelmarin dipercayai boleh menjadi petunjuk bagi mencari suspek perbuatan kejam itu. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mayat lelaki berusia 20-an dipercayai warga Indonesia ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu.
Menurutnya, tiada dokumen ditemui pada mangsa yang berkemeja-T hitam dan seluar jean pendek.
Abdul Rahim berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
"Mereka yang kehilangan ahli keluarga turut diminta datang membuat pengecaman mayat itu," katanya.
|
Posted: 10 Nov 2011 12:15 PM PST SUBANG JAYA: Bukan saja beroperasi tanpa lesen, pusat urut ini juga mengupah pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah. Ini antara penemuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas memecah masuk sebuah pusat kecantikan di Sungai Besi Indah, di sini, baru-baru ini.
Tindakan dilakukan hasil aduan awam yang dijalankan atas arahan Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Ahmad Hasan, apabila pemilik premis ingkar selepas dikenakan notis kompaun pada setiap bulan sejak Januari lalu.
Menurut beliau, pihaknya menemui dua tilam, dua bantal, losyen dan minyak urut ketika pemeriksaan di rumah urut itu.
Katanya, pemilik dikenakan tindakan di bawah UUKPK MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan boleh didenda maksimum RM1,000.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan