Harian Metro: Setempat |
‘Rugi jika tidak sertai’ Posted: 19 Nov 2011 09:46 AM PST KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin. Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.
"Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin)," katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.
Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.
Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.
|
Posted: 19 Nov 2011 09:42 AM PST GEORGETOWN: Kematian seorang pembantu rumah yang ditemui terbaring kaku di dapur rumah majikannya di Medan Tembaga, Island Park, di sini kelmarin masih menjadi tanda tanya. Ini berikutan mangsa yang hanya dikenali sebagai Sukarti, 39, dikatakan hanya mengalami luka di kaki kiri sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap oleh majikan yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 7.30 petang.
Malah, mangsa juga dikatakan cuba merawat sendiri luka di kakinya itu yang kelihatan seperti bisul dengan membasuh menggunakan air paip dan kesan darah turut ditemui di kain yang digunakannya dan juga dinding.
"Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan mendapati kaki pembantu rumah terbabit luka akibat terkena tangga sejak beberapa hari lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan