Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Nov 2011 09:58 AM PST KUALA LUMPUR: Perjalanan pulang ke utara selepas bercuti di Melaka bersama rakan membawa malang buat dua wanita warga Thailand yang maut dalam kemalangan di Kilometer 416.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berdekatan Lembah Beringin, dekat sini, semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan, Ng Chin Thai, 38, bersama enam wanita warga Thailand dalam perjalanan pulang dari Melaka ke utara.
Bagaimanapun, ia terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.
"Empat lagi mangsa yang dikenali sebagai Suphannch Nianthaisy, 30, patah kaki kirinya, Sakauyapaumanel,29, Ratu Pharkun,38, dan Kunyanut Sitthisme, 23, bersama pemandu kenderaan itu parah dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan.
Menurutnya, penunggang motosikal berkenaan cedera ringan selepas motosikalnya terbabas ke tepi jalan.
|
Posted: 20 Nov 2011 09:51 AM PST KAJANG: "Peluang untuk saya meneroka bidang perniagaan lebih terbuka dan mudah dengan kursus yang diberikan di samping perolehan mendapatkan tender kerajaan secara terus tanpa perlu pihak ketiga," kata peserta kursus e-perolehan, Elliyanti Khalid, 25, yang menyertai kursus Komuniti Usahawan Digital anjuran Sekretariat 1Malaysia dengan kerjasama Giat Mara. Dia antara 150 peserta kursus yang diraikan sempena tamat kursus berkenaan semalam, berkata, program yang dianjurkan memberi banyak manfaat terutama baginya yang langsung tiada pengalaman dalam pengurusan perniagaan.
Kursus selama dua hari bermula kelmarin itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kursus laman web, e-perolehan dan akaun komputer yang dibahagikan kepada tiga kumpulan peserta masing-masing 50 orang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan