Harian Metro: Setempat |
Posted: 21 Nov 2011 01:20 PM PST KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota Geng Faruk yang terbabit sekurang-kurangnya 69 kes samun dan ragut sekitar Brickfields, Sabtu lalu. Suspek berusia 23 dan 31 tahun itu ditahan di Jalan Klang Lama, di sini, berikutan laporan seorang guru disamun suspek bersenjatakan pisau ketika berjalan sendirian di Jalan Hujan Emas, di sini, pada 10 November lalu.
"Takut dan bimbang dicederakan, mangsa menyerahkan rantai emas dan dua cincin emas. Selain itu, suspek melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi wang RM100, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi yang semuanya bernilai RM1,300.
Hasil siasatan awal, polis menyerbu sebuah rumah di Bukit Belimbing, Seri Kembangan dan menahan seorang wanita berusia 23 tahun yang juga kenalan suspek bersama beberapa senjata seperti parang, pisau yang diubah suai, jam tangan Rolex dan beberapa barang lain yang dipercayai milik mangsa yang disamun suspek. "Selain itu, polis menemui beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan dan dilaporkan hilang di Lembah Klang, baru-baru ini.
Beliau berkata, polis menahan lapan lelaki berusia 20-an hingga 40-an yang dipercayai pembeli barangan yang disamun mangsa di beberapa kawasan di Lembah Klang dan menemui barangan seperti telefon bimbit dan ketulan emas seberat 5.6 gram.
|
Posted: 21 Nov 2011 01:05 PM PST KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Hulu Langat, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air sementara untuk kerja menaik taraf sistem bekalan air. Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som dalam kenyataannya berkata, antara kawasan terjejas antara jam 9 malam, 29 November hingga jam 5 pagi 30 November di Hulu Langat termasuk Taman Harmoni, Taman Seri Timah dan Taman Juara Jaya.
Pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan