Harian Metro: BeritaUtama |
‘Tiba masa saya cerita’ Posted: 07 Dec 2011 02:13 PM PST Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid, Yusmizal Dolah Aling dan Nur Arina Mohd Ramlan KUALA LUMPUR: Hampir lima tahun tinggal di Rumah Pengasih, di sini, dan dianggap sebagai penghuni istimewa pusat pemulihan itu, penyanyi terkenal, Jamal Abdillah 'angkat kaki' untuk berdikari dan tinggal di luar. Penyanyi yang mendapat gelaran Raja Pop Malaysia itu secara sukarela mahu tinggal di luar dan menyatakan hasratnya kepada Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, Isnin lalu. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali yang dihubungi Harian Metro menerusi SMS mengakui dia sudah tinggal di luar, namun tidak menyatakan sejak bila. "Saya sudah tinggal di luar, cuma ada beberapa barang peribadi yang belum diambil. Insya-Allah, saya sudah jumpa Yunus minta tangguh sampai hujung bulan untuk beredar sepenuhnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Dec 2011 02:12 PM PST KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat sini, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang berkerja sebagai penjual surat khabar sedang menunggu lori bagi mengambil surat khabar di stesen minyak berkenaan. Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki berusia 30-an muncul dan berpura-pura mahu mengisi minyak sebelum merampas beg pinggang berisi wang tunai RM20 dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri. Menurut sumber, bagaimanapun suspek berpatah semula selepas tidak berpuas hati dengan jeritan mangsa meminta pertolongan dan terus membelasah warga emas terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan