Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 08 Dec 2011 02:19 PM PST KUALA LUMPUR: "Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar. "Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka." Demikian kata penyanyi dan pelakon, ND Lala ketika menceritakan kejadian dia disamun manakala kereta BMW miliknya dirosakkan sekumpulan Mat Rempit di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam. ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada jam 3.40 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 08 Dec 2011 02:19 PM PST BALING: Tindakan seorang warga emas mencari petai untuk dijadikan ulam berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok berkenaan, petang kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 petang ketika mangsa, Othman Ismail, 68, memanjat pokok petai setinggi 10 meter itu di Kampung Sungai Batu, di sini.
Anak mangsa, Faridah Othman, 43, berkata, arwah menetap bersama dua adik lelakinya, Abd Razak, 40, dan Md Radzi, 29, di Kampung Banggol Wan Matt A, di sini, dikatakan keluar rumah kira-kira jam 3.30 petang.
Katanya, beberapa penduduk setempat terjumpa arwah terbaring di bawah pokok petai semasa mereka membersihkan kawasan berkenaan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Wan Matt, dekat sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan