Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 12 Dec 2011 10:37 AM PST KUALA PILAH: "Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar," kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam. Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar.
Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, wanita terbabit yang memandu berseorangan dari Kuala Pilah ke Seremban, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaian dalam kereta itu.
|
Posted: 12 Dec 2011 10:33 AM PST SERI ISKANDAR: Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan menurunkan 'ilmu' mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat sebagai penjenayah profesional. Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan. Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai 'tonto' bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta. Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika mengumumkan pihaknya membongkar kegiatan pasangan suami isteri terbabit di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan