Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 16 Dec 2011 11:08 AM PST LIMBANG: Dua kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila masing-masing ditemui terduduk dalam tempayan bilik mandi dan rentung dalam bilik tidur selepas Rumah Panjang Lembung, Kuala Medalam, Entakong Medamit dekat sini, yang didiami 200 penghuni musnah dalam kebakaran, malam kelmarin. Tragedi memilukan berlaku ketika kanak-kanak malang, Sofizza Camella anak Abang, 6, dikatakan terperangkap dalam kebakaran dan cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi dalam tempayan berisi air, sebelum ditemui dalam keadaan menyedihkan termasuk kesan melecur pada seluruh badannya.
Ketika kejadian, Alexiss tidur dalam bilik, manakala Sofizza ditinggalkan bersama neneknya berusia 60-an selepas ibu bapa kanak-kanak malang terbabit keluar menziarahi penduduk rumah sama yang sakit.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, Sofizza dikatakan berjaya diselamatkan neneknya sebelum ditempatkan di bahagian ruai rumah panjang berkenaan.
"Sebaik keluar, barulah wanita itu menyedari cucunya hilang sebelum menemuinya terduduk dan sudah tidak bernyawa dalam tempayan. Polis percaya kanak-kanak terbabit terperangkap ketika masuk semula ke dalam rumah, tetapi gagal mencari pintu keluar, sebelum masuk ke dalam tempayan berisi air bagi menyelamatkan diri.
|
Posted: 16 Dec 2011 11:03 AM PST GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan. Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain. Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan