Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Dec 2011 09:02 AM PST JERTIH: "Saya rasa sayu mengingatkan perubahan perangai Muhammad Faiz Hakimi yang menjadi terlalu manja serta sering meminta diriba dan dibelai, rupa- rupanya petanda dia akan pergi buat selama-lamanya," kata Rogayah Mohamad, 41, ibu kepada Muhammad Faiz Hakimi Aziz, 4, yang maut ditimpa pokok kelapa, petang kelmarin. Dia berkata, kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu bagaikan mimpi ngeri yang memeritkan, namun sebagai ibu, dia reda dengan pemergian itu dan menerima takdir itu dengan tabah.
"Saya nampak kelibat anak datang ke arah saya dari sebuah kedai runcit selepas membeli makanan ringan, namun tiba-tiba pokok itu tumbang menyembah bumi, menyebabkan saya terkejut dan sayu apabila mengenangkan peristiwa itu kembali," katanya.
Katanya, ibu bapa mangsa dan beberapa jiran yang berada berdekatan tempat Mahadi dan jirannya bekerja juga tidak menyedari kehadiran Muhammad Faiz Hakimi.
Kamaruddin berkata, keluarga mangsa kemudian mengejarkan Muhammad Faiz Hakimi ke Hospital Besut sementara Mahadi bergegas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja selepas itu.
|
Budak parah diserang tiga anjing Posted: 03 Dec 2011 08:58 AM PST PUCHONG: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bermain dengan basikal baru dihadiahkan bapanya bertukar tragedi apabila betis kirinya cedera teruk akibat diserang tiga ekor anjing di depan rumahnya di Taman Bukit Kinrara, di sini, semalam. Akibat serangan itu, mangsa terpaksa dibedah berikutan daging di betisnya cedera teruk.
Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Asmah Alias, 36, berkata basikal itu dibeli untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu oleh bapanya, Khamis lalu.
"Sebaik memberhentikan motosikal di laman rumah, saya mendengar jeritan Adryn meminta tolong.
Asmah berkata, jiran dan Adryn memberitahu dia digigit dua daripada tiga anjing yang menyerangnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan