Harian Metro: Setempat |
Posted: 04 Dec 2011 12:21 PM PST KUALA LUMPUR: Pelaksanaan lorong khas untuk bas dan teksi di sepanjang Jalan Tun Sambanthan dan Little India, di sini, sejak Sabtu lalu yang bertujuan mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan, bertukar tragedi apabila lima kemalangan berlaku dalam tempoh kurang 48 jam. Rata-rata kemalangan itu membabitkan bas dan pejalan kaki yang ingin melintas di kawasan itu.
Katanya, pihak bertanggungjawab tidak memasang papan tanda amaran secukupnya atau menyediakan laluan melintas jalan untuk pejalan kaki.
Katanya, sistem baru itu juga mengakibatkan keadaan jalan bertambah sesak dan menganggap pembaharuan itu sia-sia, bukan mengurangkan masalah sebaliknya memburukkan keadaan.
Sabtu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka lorong khas untuk kegunaan bas dan teksi dari pusat bandar raya menghala Taman Seputeh dan Bangsar bermula dari persimpangan Jalan Tun Sambanthan atau Jalan Tun Sambanthan 4 melalui kawasan Little India ke Taman Seputeh dan Bangsar melalui Jalan Travers.
|
Posted: 04 Dec 2011 12:17 PM PST MELAKA: Seekor daripada lapan gajah yang ditempatkan di Zoo Melaka bagi tontonan pengunjung ditemui mati, kelmarin, dipercayai disebabkan faktor kesihatan. Pengarah Zoo, Ahmad Azhar Mohammed, berkata anak gajah berusia satu tahun setengah itu pernah luka kerana terkena jerat dan dihantar ke Zoo Melaka untuk menjalani rawatan.
"Ia perkara biasa kerana selain luka akibat dijerat mungkin anak gajah ini tidak serasi di tempat baru. Bagaimanapun, kematiannya tidak disebabkan penyakit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
"Seperti manusia, zirafah juga mempunyai masalah ketika bunting dan zirafah dewasa yang mati minggu lalu disebabkan komplikasi ketika mahu melahirkan anak. Bagaimanapun, ia dan kandungannya gagal diselamatkan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan