Harian Metro: Setempat |
Posted: 06 Dec 2011 03:52 PM PST MUAR: Sesal dengan dosa silam dilakukan lebih dua tahun lalu, seorang lelaki mengaku terbabit dalam kes pembunuhan rakan sekampungnya walaupun keluarga mangsa sudah membayar wang tebusan RM100,000 ketika dia disoal siasat berhubung kes jenayah lain, 25 November lalu. Pengakuan penganggur itu terbabit dalam kes culik dan bunuh Koh Wei Seang, 21, yang disumbat ke dalam tong dan disimen serta dicampak ke dalam parit di Kampung Parit Punggur Darat, Jalan Sri Tanjung di sini, membawa kepada tangkapan tiga lagi rakannya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, hasil tangkapan semua empat suspek berkenaan, pihaknya percaya kes itu berjaya diselesaikan dan semua suspek dijangka didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Menurutnya, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan secara terperinci sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwaraya.
Dua tahun lalu, media melaporkan sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan untuk memancing terkejut menemui tong bersimen mengandungi mayat lelaki dalam parit di kawasan terpencil di Parit Punggor Darat, 2.5 kilometer dari jalan utama, jam 4.15 petang, 21 Mac 2009.
|
Posted: 06 Dec 2011 03:50 PM PST KUALA LUMPUR: "Kami di sini sudah tak tahu nak buat apa mengenai masalah lepak di sini. Jika bersuara, nanti harta benda kami yang jadi taruhan," kata warga emas, Norliana Abdullah, penduduk Kondo Rakyat di Pantai Dalam, di sini. Norliana, 55, berkata kebimbangan itu disebabkan budaya melepak yang seakan-akan sudah sebati dengan golongan muda di situ apabila boleh dikatakan setiap hari mereka akan duduk di bawah lima blok di situ tanpa tujuan termasuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
"Mereka juga dengan sesuka hati kencing dan berak dalam lif tanpa memikirkan penduduk lain di sini," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Norliana berkata, kebanyakan penduduk tidak berani bersuara kerana khuatir barangan mereka akan dirosakkan mahu pun dicuri.
"Mereka suka melepak di semua blok termasuk di tangga dan di pondok berhampiran di sini," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan