Harian Metro: Setempat |
Suami cemburu upah samseng belasah peniaga Posted: 11 Dec 2011 11:49 AM PST KAJANG: Akibat cemburu buta, seorang peniaga menerima lapan jahitan di kepala selain lebam dan bengkak di seluruh badan selepas dibelasah lebih 20 lelaki di gerai makan miliknya sebelum ditinggalkan dalam longkang beberapa meter dari tempat kejadian di Taman Kajang Mewah, di sini, Ahad minggu lalu. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Mohammad Hanapiah, 49, sedang berniaga bersama anak lelakinya berusia 24 tahun sebelum didatangi kumpulan suspek terbabit.
"Ada antara penyerang itu membawa parang serta kapak dan menetak kepala saya tanpa belas kasihan walaupun sudah tersungkur atas tanah.
Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi pertubuhan itu dan tidak menjalin hubungan sulit dengan wanita terbabit.
"Sedangkan berjumpa berdua dengan isterinya saya tidak pernah, inikan pula menjalin hubungan sulit," katanya.
|
Posted: 11 Dec 2011 11:46 AM PST KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah, M Manoharan menyindir program 'Jom Shopping' yang dilaksanakan kerajaan Selangor iaitu dengan memberi RM100 kepada warga emas untuk membeli-belah. Menurutnya, pemberian itu tidak berguna jika barangan berkenaan rosak akibat banjir kilat apabila dibawa pulang ke rumah.
Katanya, ada peruntukan untuk tujuan berkenaan dalam Bajet Selangor 2012, baru-baru ini, tetapi kelewatan Khalid menyalurkan peruntukan itu menyebabkan rakyat khususnya di Klang menderita akibat terlalu kerap menjadi mangsa banjir.
Manoharan berkata, dia kesal apabila rakyat terus menerus menghadapi banjir kilat dan tidak mahu kejadian yang menimpa lebih satu juta penduduk di Kajang terjadi di sini.
Menurut Manoharan, kerja pembaikan longkang dan sistem perparitan terutama di Taman Chi Liung, Taman Palm Grove, Taman Bayu Perdana dan kawasan DUN Kota Alam Shah perlu dilaksanakan segera bagi mengelak banjir besar melanda kawasan berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan