Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Dec 2011 10:59 AM PST AMPANG: Mungkinkah Geng Styer yang aktif sejak 1999 dan ditumpaskan polis beberapa tahun kemudian muncul semula apabila seorang lelaki bersenjatakan raifal sama merompak sebuah bank di Jalan Bunga Taman Muda, Pandan Indah, di sini, sebelum ditembak mati seorang pengawal keselamatan bank berkenaan, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.18 petang itu, seorang lelaki berusia 30-an yang bersenjatakan raifal styer meluru masuk ke dalam bank berkenaan sebelum cuba melarikan wang tunai RM253,000.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek yang memakai pakaian hitam dan topi keledar masuk ke dalam bank berkenaan sebelum mengugut 20 pelanggan dengan mengacukan raifal styer supaya mendiamkan diri.
Beliau berkata, pengawal keselamatan berkenaan ketika itu bersembunyi dan tidak dapat dikesan suspek.
|
Tumpas lepas 12 tahun edar dadah Posted: 13 Dec 2011 10:54 AM PST KUALA LUMPUR: Kelicikan seorang lelaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah di Brickfields hingga dapat mengelak daripada ditangkap selama 12 tahun berakhir apabila ditahan bersama tiga rakannya dalam serbuan, petang semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, lelaki berumur 30 tahun itu yang juga terbabit penyalahgunaan dadah tidak pernah ditahan sepanjang penglibatannya dalam jenayah itu.
"Lima bungkusan berisi daun kering dipercayai ganja seberat 587 gram bernilai RM1,200 dirampas," katanya.
Dalam kejadian pada jam 4.10 petang itu, sepasukan polis yang bertindak atas maklumat orang awam terserempak suspek di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan dipercayai menunggu pelanggan sambil memegang kotak terbabit.
Beliau berkata, polis mengejarnya dan berjaya menangkap suspek sebelum menemui ketamine berkenaan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan