Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Dec 2011 12:42 PM PST KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi, Kampung Pindah dekat Kampung Baru di sini berulang kembali kesan daripada aliran air deras banjir kilat Selasa lalu. Malah, mendapan kali ini lebih teruk daripada sebelumnya menyebabkan kerosakan pada rumah berhampiran dan membentuk lubang baru lebih besar.
"Ketika air memenuhi kawasan ini, kami lihat pagar dibina mula roboh dan apabila surut beberapa jam kemudian, semuanya musnah.
Katanya, sejak kejadian pertama, tiada penjelasan diberi dan apabila ia berulang diharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan perkara itu segera serta memberi maklumat tepat kepada penduduk.
Air deras turut membawa pasir bersama mengakibatkan jalan raya berhampiran mendap dan menghasilkan dua lubang besar sedalam dua meter. Manakala, dalam kejadian Selasa lalu, banjir kilat memusnahkan kawasan sama dan membentuk lubang dan mendapan lebih besar.
|
Mohon tambah peruntukan untuk YWP Posted: 15 Dec 2011 12:41 PM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) memohon kerajaan pusat mempertimbangkan hasrat penambahan peruntukan yang diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di masa akan datang. Ia berikutan peranan yayasan berkenaan yang semakin meluas termasuk memberi bantuan kepada anak keluarga berpendapatan rendah yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) di luar negara.
"Memandangkan YWP semakin dikenali, permintaan bantuan terhadap rakyat juga semakin bertambah. Kalau dulu yayasan ini banyak membantu rakyat sekiranya menghadapi kematian atau untuk menyambut perayaan, kini ia semakin berkembang sehingga membabitkan soal pendidikan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan