Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Dec 2011 10:49 AM PST SERDANG: Kumpulan penjenayah terbabit dalam kegiatan curi kenderaan dan mengedar dadah yang baru sebulan beroperasi di sekitar Lembah Klang tumpas apabila dua ahlinya dicekup selepas polis menyerbu kediaman mereka di Apartmen Suria Kinrara, Puchong dekat sini, kelmarin. Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah dan dua kereta curi serta wang tunai yang semuanya dianggarkan RM400,000.
"Kami percaya geng ini baru sebulan beroperasi di Puchong dan modus operandi mereka mencuri kenderaan di beberapa negeri lain sebelum menggunakannya bagi mengedar dadah sekitar Lembah Klang.
"Polis kemudian menyerbu unit kediaman suspek dan menahan seorang lagi rakannya dipercayai ketua kumpulan penjenayah terbabit.
Abd Razak berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti rakan atau ahli lain kumpulan berkenaan selain mengesan sama ada terdapat lagi kenderaan curi berikutan penemuan pelbagai kunci kenderaan.
|
Bazar Uptown Port Klang buka 24 jam Posted: 16 Dec 2011 10:45 AM PST KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Bazar Uptown Port Klang menjemput orang ramai yang tinggal di sekitar Klang dan Shah Alam hadir memeriahkan tapak jualan itu kerana mereka bukan saja boleh mendapatkan barangan murah, malah turut dihiburkan dengan persembahan artis setiap minggu selain disajikan dengan banyak aktiviti menyeronokkan. Penganjurnya, Noor Irdawaty Johari berkata, tapak jualan yang beroperasi sejak 30 September lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat kerana operasi dijalankan 24 jam sehari.
Menurut Noor Irdawaty, menjelang sambutan tahun baru pada 31 Disember ini, pihaknya akan mengadakan banyak aktiviti menarik antaranya pertunjukan bunga api, persembahan artis dan cabutan bertuah. "Pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai RM5,000 sekiranya mereka membuat pembelian RM20 ke atas dan akan diberikan resit cabutan bertuah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan