Harian Metro: Setempat |
Hanya sehelai baju berjaya diselamatkan Posted: 18 Dec 2011 10:23 AM PST KLANG: "Memang terlalu sedih, hanya sehelai baju saja dapat diselamatkan. Barangan lain termasuk kelengkapan persekolahan anak untuk sesi tahun depan rentung," kata Rubiah Jantan, 44, mangsa kebakaran di Lorong Ahmad, Kampung Rantau Panjang, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, lapan rumah binaan separuh kayu dan batu sederet turut musnah membabitkan 27 mangsa.
"Pada 24 November lalu, saya mendapat baucar RM360 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak untuk membeli kelengkapan sekolah.
Menurut Rubiah dia melihat api sedang marak di sebuah rumah berhampiran sebelum memaklumkan hal itu kepada jiran lain.
Ketika ini, Rubiah dan mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Rumah Komuniti Anti Dadah Daerah Klang di sini.
|
Posted: 18 Dec 2011 10:21 AM PST HULU SELANGOR: Tiga beranak berdepan detik cemas apabila rumah mereka di Bandar Sungai Buaya, di sini, dimasuki tiga penyamun bersenjatakan parang dan pemutar skru sebelum mengikat tangan dan kaki mereka. Difahamkan, mangsa yang sedang tidur terkejut sebaik menyedari kehadiran penyamun terbabit sebelum barang berharga milik keluarga mangsa dilarikan dengan nilai kerugian lebih RM10,000.
"Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, pasangan suami isteri dan anak perempuannya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan sebelum si suami mendengar bunyi bising.
"Suspek yang dipercayai warga asing itu mendesak mangsa menyerahkan barang berharga. Mereka menarik isteri mangsa menunjukkan tempat simpanan barang kemas.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan dipercayai dipandu seorang lagi suspek yang menunggu di luar rumah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan