Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Dec 2011 08:59 AM PST RAWANG: AEON Co (M) Bhd (Aeon) membuka cawangan ke-28 pusat beli-belah itu kepada orang ramai di Anggun Rawang, Bandar Country Homes, di sini, semalam. Lebih 5,000 membanjiri pusat beli-belah berkenaan yang turut menyediakan lebih 100 lot kedai, pelbagai restoran dan barangan khusus buat pengguna.
Difahamkan ramai pengunjung mengambil kesempatan memohon cuti pada hari berkenaan bagi menghadirkan diri ke pusat beli-belah terkenal itu.
"Dengan pelbagai jenis kedai yang disediakan saya berharap dapat melakukan segala urusan pembelian untuk keluarga. Disamping itu saya berharap, akan ada pejabat pos dan pusat pembayaran bil bagi memudahkan segala urusan yang boleh dibuat sambil membeli-belah," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 19 Dec 2011 08:58 AM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membangunkan beberapa kawasan perumahan awam (PA) baru bagi penempatan setinggan dengan menyediakan 1, 620 unit rumah mampu milik kepada mereka yang layak mendudukinya. Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tapak pembangunan terbabit, namun ia memerlukan kajian terperinci bagi menentukan kesesuaian tapak berkenaan.
"Setakat ini, kos pembangunan yang dianggarkan bernilai RM230.8 juta dan bagi tahun depan, empat kawasan PA akan dibangunkan terlebih dulu membabitkan hampir RM35 juta," katanya ketika pembentangan Belanjawan DBKL 2012 di Menara DBKL, di sini, semalam.
Pada masa sama, Ahmad Fuad berkata, RM121.64 juta turut diperuntukkan bagi membaiki dan menyelenggara rumah pangsa yang membabitkan kerja awam, elektrik, mekanikal, baik pulih lif serta kontrak pembersihan yang masih di bawah pengurusan DBKL. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan