Harian Metro: Setempat |
Posted: 04 Aug 2011 09:57 AM PDT AMPANG: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.
"Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro semalam melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.
Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Pengemis asing hijrah ke ibu kota Posted: 04 Aug 2011 09:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan (JKMWP) mengesan semakin ramai kehadiran pengemis dari negara asing berhijrah ke ibu kota untuk menjadi pengemis pada Ramadan ini. Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKMWP, Mujah Hamat, berkata kesempatan pada bulan mulia ini memberi peluang kepada mereka yang kebanyakan dari Thailand, China dan Kemboja untuk meraih simpati bagi mendapatkan wang.
"Kebanyakan mereka beragama Islam. Masjid dijadikan lokasi utama untuk mereka memperoleh wang kerana tempat itu dikunjungi orang ramai untuk beribadah.
"Mereka memilih Malaysia kerana merasakan rakyat kita pemurah selain faktor ekonomi negara yang bagus ditambah pula majoriti penduduk beragama Islam memudahkan mereka untuk meraih wang dengan segera.
Katanya, selain masjid, pengemis juga akan bergerak ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya bazar Ramadan atau pasar malam dan kawasan pasar raya utama selain sekitar lorong pejalan kaki. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |