Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 01 Jan 2012 11:39 AM PST MANJUNG: "Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar," kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin. Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.
Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.
Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.
Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 01 Jan 2012 11:28 AM PST PASIR PUTEH: Terkejut sejurus mendapati tiga kereta pelanggan tenggelam apabila bengkelnya ditenggelami air, seorang mekanik terus rebah akibat serangan penyakit jantung menyebabkan dia dibawa meredah air dengan diletakkan di atas pelampung tayar untuk dibawa mendapat rawatan. Menceritakan detik cemas dialaminya, Zulkifli Hamad, 47, berkata, dia dikejutkan jiran kira-kira jam 2.30 pagi semalam dan dimaklumkan rumah dan bengkelnya di Kampung Sungai Seligi Sungai Kelong, Bukit Abal, dekat sini, ditenggelami air sedalam satu meter. Menurutnya, sebaik membuka pintu, dia terkejut melihat kereta Proton Satria, Mazda Astina dan Nissan pelanggan yang dibaik pulih di bengkel depan rumahnya, ditenggelami air separas pinggang. "Akibat terkejut, saya terus diserang sakit jantung. Dalam kesakitan, tiga jiran kemudian meletakkan saya di atas dua pelampung tayar bagi mengharungi banjir untuk membawa saya ke jalan utama sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA)," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan