Harian Metro: BeritaUtama |
‘Nur Amalina mangsa fitnah’ Posted: 03 Jan 2012 10:18 PM PST JOHOR BAHRU: "Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan," kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri. Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook. Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir. "Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 03 Jan 2012 09:23 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki Malaysia terbunuh, seorang parah manakala tiga lain dilaporkan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan sport utiliti (SUV) yang dipandu seorang daripada pelajar terbabit. Mereka yang cedera masing-masing dua lelaki dan dua perempuan dalam kemalangan di laluan Interstate 78 di Bandar Clinton, New Jersey, kelmarin. Menurut laporan The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat, kesemua mereka berusia di antara 19 dan 21 tahun dan menuntut di Ohio State University. Dalam kejadian jam 4 petang (waktu tempatan) pelajar terbabit yang menaiki Chevrolet Equinox dipercayai terbabas daripada laluan kanan sebelum melanggar tiang lampu dan pokok.
Selain seorang pelajar yang maut di tempat kejadian, empat lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke Robert Wood Johnson University Hospital di New Brunswick dan Morristown Medical Center untuk menerima rawatan lanjut. Seorang daripadanya dilaporkan kritikal. Difahamkan, laluan berkenaan sering berlaku kemalangan dan hampir meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain. Sementara itu, mengikut Bernama, Wisma Putra ketika dihubungi, menjelaskan pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di AS untuk mendapatkan butir lanjut mengenai mangsa terbabit selain menghubungi ahli keluarga masing-masing. Malah, pihak kedutaan dikatakan akan bekerjasama dengan pihak universiti terbabit bagi mendapatkan butiran lanjut lima pelajar terbabit kemalangan itu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan