Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Jan 2012 11:12 AM PST KUALA LUMPUR: Dua pisau lipat dan seutas rantai besi berukuran 104 sentimeter yang disimpan di dalam beg tangan dan motosikal membawa malang kepada sepasang kekasih yang dicekup ketika sambutan tahun baru 2011 di Jalan Ipoh, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan berkenaan sedang leka bergembira di kawasan belakang sebuah stesen minyak di kawasan itu bersama beberapa pasangan kekasih lain.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan badan ke atas mereka menemui senjata berbahaya iaitu sebilah pisau berukuran 11 sentimeter di dalam beg tangan milik pasangan wanita.
Beliau berkata, mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 01 Jan 2012 11:00 AM PST MANJUNG: Mayat enam remaja belasan tahun bertaburan di sepanjang 30 meter jalan raya apabila kenderaan Honda Stream yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, semua mangsa baru pulang meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan.
Rempuhan kuat itu menyebabkan enam mangsa yang duduk di belakang MPV berkenaan dikenali Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, mati di lokasi kejadian.
Treler berkenaan turut melanggar kedai keropok lekor dan buah-buahan.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan