Harian Metro: BeritaUtama |
Badan berketul nafsu pula lemah Posted: 14 Sep 2012 12:52 PM PDT ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis 'testosterone' bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil. Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan. Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu. Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15 |
Posted: 14 Sep 2012 12:50 PM PDT BAGAN DATOH: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, di sini, pagi kelmarin. Mayat Normaya Mokhtar, 33, yang juga guru Bahasa Jepun di sekolah berkenaan dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemui rakan yang ke rumahnya jam 8 pagi kelmarin.
"Saya pelik apabila mendapat tahu dia tidak hadir ke sekolah (pagi kelmarin) menyebabkan saya ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu. Sebaik tiba di rumahnya, saya dapati pintu rumah tertutup rapat biarpun berkali-kali dipanggil, namun tiada jawapan.
"Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia," katanya.
"Arwah seorang guru bahasa Jepun dan sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak lebih dua tahun lalu. Dia sangat disenangi rakan-rakan dan suka membantu," katanya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan