Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 16 Sep 2012 12:17 PM PDT SUBANG JAYA: Kegiatan jenayah seorang ibu beranak empat yang layak digelar 'Minah Gyver' kerana kemahirannya membuka kenderaan untuk mencuri barangan di dalamnya sejak empat tahun lalu, berakhir apabila dia dicekup polis. Wanita berusia 30 tahun itu ditahan ketika cuba mencuri barangan dalam kenderaan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di tempat letak kereta sebuah masjid di SS15, di sini, kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu. Sumber polis berkata, suspek berkemahiran membuka kereta dengan hanya menggunakan klip sebelum mencuri barangan ditinggalkan di dalamnya dan dia juga bergerak sendirian.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17 |
Posted: 16 Sep 2012 12:15 PM PDT KUALA BERANG: "Menyedari tanah runtuh, saya menjerit mengarahkan abang dan rakan lari menyelamatkan diri, tapi mereka tidak sempat kerana kejadian berlaku terlalu pantas," kata Mohd Zuraimi Daud, 19. Mohd Zuraimi yang juga pemandu jengkaut adalah adik kepada Mohd Azharulnizam, 24, pemandu lori tanah yang mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kuala Ping, di sini, jam 5 petang kelmarin.
"Saya segera mengorek tanah bagi membolehkan Mohd Hanifah bernafas sebelum dia dikeluarkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu oleh penduduk kampung.
"Ketika kejadian, arwah abang dan rakannya berada satu meter dari bukit itu," katanya sambil memberitahu kejadian itu berlaku pada hari pertama dia melakukan kerja menarah dan mengisi tanah bukit di tempat kejadian.
Jenazah Mohd Azharulnizam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Butut, dua kilometer dari rumahnya jam 11.30 pagi semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan