Harian Metro: BeritaUtama |
Hafiz sebenar tegur bacaan ‘Sheikh’ Posted: 17 Sep 2012 04:07 PM PDT KUALA LUMPUR: Kemahirannya 'menjual air liur' kononnya bergelar hafiz dan mempunyai pendapatan lebih RM100,000 sebulan membuatkan seorang lelaki diberi kuasa dan dijulang dengan penuh hormat oleh kariah masjid dan surau. Menggelarkan dirinya 'Sheikh', lelaki yang mengaku berusia 31 tahun dari Terengganu itu dilantik menjadi pengerusi masjid dan surau, malah mengislamkan seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan jawatankuasa surau yang terpedaya dengan temberang kehebatannya. Dia juga diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran. Namun, tembelangnya pecah apabila seorang hafiz sebenar menjadi makmumnya ketika solat dan menyedari kesalahan ayat dibaca lelaki terbabit, lalu menegurnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/18 |
Posted: 17 Sep 2012 04:07 PM PDT PENAMPANG: "Saya ingatkan objek itu bangkai anjing atau kerbau yang sering terapung dan tersangkut di pokok di tebing sungai ketika memukat ikan di kawasan ini. "Bagaimanapun, sangkaan saya meleset sebaik melihat ada rambut pada objek itu dan apabila diamati, ia mayat wanita dalam keadaan berbogel dan sudah busuk," kata Samual Abota, 22.
Samual berkata, ketika kejadian, dia memasang pukat di kawasan berkenaan sebelum terlihat objek seperti bangkai haiwan di kawasan itu dan tidak menghiraukan pada awalnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan. Setakat ini, katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, bagaimanapun polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian wanita itu.
Menurutnya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan